Terdapat 4 jenis bulu yang berbeza pada hamster jenis Syrian iaitu jenis bulu pendek, bulu panjang, rex, dan juga satin. kesemua jenis ini boleh terdapat dalam pelbagai jenis warna atau corak.
Hamster berbulu panjang juga turut dikenali sebagai 'teddy hamster'. mereka mula dijumpai sekitar tahun 1972 di USA hasil daripada proses mutasi. Hamster jenis ini juga boleh dikacukkan dengan jenis satin mahupun rex bagi menghasilkan satin atau rex berbulu panjang.

Bagi hamster betina, bulu mereka tidak akan menjadi sepanjang bulu hamster jantan, tetapi lebih panjang dari hamster jenis bulu pendek yang biasa terdapat di kedai-kedai haiwan.
Contoh hamster jantan jenis bulu panjang yang sempurna :
Contoh hamster betina jenis bulu panjang yang sempurna :
Ketika masih kecil, jenis bulu bagi hamster tidak dapat dikenal pasti sama ada jenis bulu pendek atau bbiasa mahupun jenis bulu panjang melainkan selepas usia 3 minggu. Selepas usia itu, barulah bulu hamster jantan akan terus tumbuh dan memanjang manakala hamster betina akan punyai bulu seperti biasa. Jika anda mempunyai hamster jenis bulu pnjang ini terutamanya jantan, pastikan anda membeli roda mainan yang sedikit besar agar bulunya tidak akan tersangkut pada gelendong sama ada merobek ia keluar atau memerangkap hamster dalam roda tersebut.
Walaupun hamster jantan diatas mempunyai bulu yang lebih panjang, namun tidak seekor pun daripada mereka yang hampir mempunyai bulu yang ideal bagi mengklasifikasikan sebagai hamster jantan berbulu panjang yang sempurna.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan