Sabtu, 8 Disember 2012

Kenali Hamster


    
 Hamster adalah dari keluarga  Cricetidae yang mana terbahagi kepada beberapa bahagian yang berbeza termasuklah Cricetulus, Phodopus dan Calomyscus. Dalam setiap bahagian pula mempunyai beberapa spesis hamster. Terdapat banyak spesis hamster di seluruh dunia dan kebanyakannya tinggal di kawasan semi-desert yang mana mereka tinggal didalam lubang. Lubang mereka mempunyai banyak terowong dan dibahagi pula dengan ruang semula jadi termasuk ruang mamenyimpan makanan dan ruang untuk tidur. 

     Hamster adalah haiwan nocturnal, yang mana akan tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam. Oleh kerana mereka mempunyai daya penglihatan yang lemah, mereka mengunakan daya hidu dan pendengaran yang sangat bagus. Kebanyakan spesis hamster mempunyai ruang pipi yang boleh meregang bagi membolehkan mereka menyimpan dan membawa makanan ke sarang untuk disimpan.

   
  Hanya lima spesis hamster yang telah dikenal pasti dan kebiasaannya boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan di kebanyakan negarapada masa kini iaitu Syrian, Dwarf Campbells Russian, Dwarf Winter White Russion, Chinese dan Roborovski. 

i) Syrian Hamster



Syrian Hamster juga turut dikenali sebagai 'Golden Hamster' kerana warna asalnya di kehidupan liar walaupun kini terdapat dalam perbagai warna hasil dari pembiakan dari pembiak baka mahupun penghobi. Panjang Hamster dewasa mampu mencecah sehingga 6-7 inci. Syrian Hamster merupakan jenis haiwan yang tinggal bersendirian dan kebiasaannya akan menyendiri pada usia melebihi 8-10 minggu. Jangka hayat haiwan  ini adalah selama    2-2½ tahun dan mampu bertahan hingga 3-4 tahun jika dijaga dengan baik. 



ii) Dwarf Campbells Russian Hamster



Hamster Dwarf Campbells Russian dewasa mempunyai panjang badan     10-12cm dimana hamster jantan adalah lebih besar dibandingkan dengan hamster betina. Hamster ini juga mempunyai kaki yang berbulu, dek kerana itulah ia turut digelar sebagai 'Furry' atau 'Hairy Footed Hamster'. Hamster ini adalah jenis yang suka bersosial dan akan tinggal dengan hamster lain dari jenis yang sama jika diperkenalkan sejak dari kecil. walaupun haiwan ini adalah dari jenis nokturnal, mereka juga boleh menjadi aktif pada waktu siang. Jangka hayat hamster jenis ini hanyalah selama 1½-2 tahun. Kebiasaannya sukar untuk membezakan hamster jenis ini dengan jenis Winter White Russian Hamster kerana kedua-duanya mempunyai ciri yang seakan sama.



iii) Winter White Russian Hamster



Dwarf Winter White Russian berasal dari Kazakhstan Timur dan barat daya Siberia. Ia digelar sebagai 'Winter White' kerana kebolehannya untuk menukar warnanya pada musim salji yang mana warnanya akan menjadi terang atau putih sepenuhnya. Kebiasaannya, mereka tidak akan membiak pada musim ini. Winter White Russian Hamster mempunyai rupa bentuk yang lebih padat, mata yang lebih menonjol, dan tulang belakang yang melengkung terkebelakang yang memberikan mereka bentuk badan seperti peluru berbanding Dwarf Campbells Russian Hamster.  Panjang mereka adalah mencapai 8-10cm apabila dewasa dengan saiz jantan lebih besar berbanding betina. Winter White Russian Hamster juga adalah jenis yang bersosial dan boleh dipelihara secara berpasangan mahupun kumpulan. Hayat mereka mampu mencecah 1½-2 tahun.




iv) Roborovski Hamster



Roborovski Hamster berasal dari barat hingga ke timur Mongolia dan juga terdapat di kawasan utara negara China. mereka merupakan hemster terkecil dikalangan jenis hamster yang lain yang mana hanya sepanjang 4-5 cm. Hamster Roborovski adalah jenis yang memang gemar bersosial dan boleh dipelihara secara berpasangan mahupun kumpulan. Seperti jenis hamster yang lain, Roborovski adalah haiwan nokturnal namun juga aktif pada waktu siang. Hamster jenis ini mempunyai jangka hayat selama 3-3½ tahun, namun mampu hidup lebih dari itu jika dipelihara dengan baik.




1 ulasan:

  1. Salam sya nora dari kedah.. Tq for info sgt mmbantu ☺

    BalasPadam